Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah semalam kita semua telah menyambut Hari Raya Aidil Adha diseluruh Malaysia.
Kami di Rawang Perdana ni jarang balik ke kampung halaman kerana pada setiap tahun
akan diadakan ibadah qurban di surau kami.Surau Nur Ikhwan..
Memang meriah disini.........
Pagi kami akan solat Hari Raya beramai-ramai disurau .
Tapi kalau nak tau semasa solat hari raya majoritinya orang bangladesh.....penuh ...melimpahi surau..
kalau orang kita lewat datang jawabnya solat didataran surau aje lah...
Tahun ni hanya 9 ekor lembu sahaja untuk qurban....selalunya mencecah 15 ekor...
Kami telah tahu tugas masing2...yang lelaki akan melapah dan memotong daging
lembu untuk dibahagikan kepada semua jemaah yang hadir..Yang perempuan akan
membuat persiapan untuk memasak seekor dari lembu yang diAqiqah untuk dimakan
bersama-sama selepas solat zohor nanti..
Saya bersama bff Siti dan Safura memang incharge bahagian memasak je......kawan2 yang lain menguruskan bahagian memotong daging dan menyiapkan kelengkapan memasak...kami bersatu hati bergotong royong begitu setiap kali Hari Raya qurban.
Semalam jam 12.30tgh kami dah siap masak.Singgang Tulang + daging,Daging masak Black Pepper dan sayur goreng serta sambal belacan...
Sedap...Tapi biasalah tukang masak tak boleh nak makan sebab dah kenyang bau....
Kami bertiga tapau lauk2 dan bawa balik....
Petang bila badan dah ringan baru makan....




Tiada ulasan:
Catat Ulasan