Ahad, 13 Februari 2011

Berbagai perkara suka dan duka....

Assalamualaikum......


Dah lama tak menulis......


Agak sibuk sikit kebelakangan ni..... 
Sebenarnya hati pun tak berapa nak seronok .....
Ini gara2 sy  terbaca  ade seorg insan tlh  memburuk2kan dan merendah2kan keperibadian saya dan kawan2 didlm Blognya..


Sedih sangat2.....
Sebab apa yang yang diceritakannya  tidak betul sama sekali...
Tanpa mengetahui apa yang sebenarnya yg terjadi..beliau terus melontarkan kata2 mencerca sebegitu rupa didalam blog nya...


Hanya Allah shj yg tau apa sebenarnya yang terjadi dlm kes yg beliau ceritakan itu ...
Semoga disuatu hari nanti Allah akan membalas kpdnya kerana telah melabelkan org  sesuka hati sehingga mengguris perasaan insan lain...


Keikhlasan hati seseorang hanya Allah sahaja yang mengetahui dan insan lain tidak berhak mempertikaikannya.......


Pada saya, kalau  hati kita ikhlas Allah akan mempermudahkan segala urusan kita didunia dan diAkhirat ..dan mendapat keredhaan dari Allah...
 Allah yang memberi Rezeki dan jgnlah kita mempertikaikan Rezeki insan lain...
renungi lah diri kita dulu..muhasabah diri 


Ok..... kita tutup cerita tu.....kalau dikenang2 pun buat menyiksa jiwa aje.....




Nak ceritanya...


Semalam surau kami buat Forum Perdana Aman Palestin bagi mengumpul Dana untu Penduduk Palestin..










Siang nya diadakan acara sukaneka untuk anak2 dan pertandingan 'street soccer' untuk kaum bapa.......
Meriah jgk suasananya dan kami dpt melihat keakraban sesama jemaah surau.....


Rasa2nya klu acara sukan ni diteruskan setiap tahun pun bagus jgk...Ianya dpt mengeratkan lagi hubungan kita sesama penduduk di Taman kita ni.....


Hari ni plk lps Kuliah subuh tadi sy terus ke Pasar Batang Kali... 
Pasar ni banyak jual sayur2 kg dan ikan2nya pun Fresh &  agak murah kalau nak dibandingkan dgn Pasar Tani Rawang....
tapi hanya utk hari sabtu & Ahad saja...
Kononnya nak cari ikan Pari ari ni nak buat Ikan Bakar...tp ari ni lambat sampai Pari dah habis..
Penyudahnya terpaksa tukar menu lain. utk tghari ni.....
Beli pucuk paku dan Ikan2 dan sotong je ari ni..Udang ari ni kecik sgt..tak berbaloi ...


.
.

Sabtu, 20 November 2010

Berbaloi jauh mengantar pengantin...... pengantin perempuan cantiknya....

Semalam hari yang panjang...
Pagi kerja seperti biasa kesana-kesini ,
Dah siap kerja terus ke Taman Melawati cari Rojak mamak special..
mmmp...sedap rojak mamak ....dah memang keturunan....lama2 sekali kena pekena ....

Selesai makan singgah ke Bank nak bayar gaji pekerja..Tapi penatnya menunggu
dekat sejam baru siap urusan...Nasib baik bos dah pergi Solat Jumaat..
Kalau dia ade memang kena sound la bbudak kat kaunter tu..
Yg lelaki gi solat, yg pompuan tinggal 2 org terhegeh2....kejap keluar kejap masuk...

Balik dah dkt pukul 2.ptg..Mandi dan solat terus keluar ke surau..Kak Som dan geng2 yg ada anak yg nak exam SPM minta buat yassin dan baca doa selamat utk anak2 mereka...
Try call sis tak dapat pulak..ingat nak try guna 3G h/p baru......tak pe lain kali boleh call..

Selesai semua dlm pukul 3.30 ptg.....hujan lebat pulak..Balik umah mandi dan siap2 nak ke Sabak Bernam.
Adik sepupu nak nikah..Kami pegi naik 1 kereta..anak2 tinggal ...bawa along, kak sikin dan mak mertua..
Bapak tak boleh bawa....dia amnesia...jenuh nanti nak jaga kat umah org kenduri...
Lepas solat asar kami bergerak....sepanjg jln ujan...sampai sg besar tunggu 2 abg pengantin nak konvoi sekali.
Ingat diaorg dah tau jalan..rupa2nya tak cam simpang lah pulak ..peta ade dgn diaorg...berpusing2 samapai 3 kali tersesat...akhirnya tunggu tepi jalan mintak adik sepupu yg dah sampai ambik kami.....Jauh kedalam kebun Pisang rupanya......klu kami pegi sendiri mmg tak sampai agaknya..signboard jalan tak nampak...dah sampai baru ade.... Banyak umah rupanya didalam tu......

Lepas solat maghrib kami semua terus keumah pengantin........Akad nikah dgn sekali lafaz je....
Cantiiiik pengantin pompuan...berbaloi kami tersesat jalan...

Tapi kenduri org jawa memang meriah makan......

pg tadi selesai kelas feqah dan tafsir quran kami sekeluarga gi Kenduri lagi..
Hari ni kenduri anak kak Sariah anak wak shariman....Meriah makan jgk...Maklumlah kenduri org Jawa....
Memang meriah makan........


Khamis, 18 November 2010

Qurban di Rawang Perdana..

Assalamualaikum semua...


Alhamdulillah semalam kita semua telah menyambut Hari Raya Aidil Adha diseluruh Malaysia.
Kami di Rawang Perdana ni jarang balik ke kampung halaman kerana pada setiap tahun
akan diadakan ibadah qurban di surau kami.Surau Nur Ikhwan..


Memang meriah disini.........
Pagi kami akan solat Hari Raya beramai-ramai disurau .
Tapi kalau nak tau semasa solat hari raya majoritinya orang bangladesh.....penuh ...melimpahi surau..
kalau orang kita lewat datang jawabnya solat didataran surau aje lah...


Tahun ni hanya 9 ekor lembu sahaja untuk qurban....selalunya mencecah 15 ekor...
Kami telah tahu tugas masing2...yang lelaki akan melapah dan memotong daging
lembu untuk dibahagikan kepada semua jemaah yang hadir..Yang perempuan akan
membuat persiapan untuk memasak seekor dari lembu yang diAqiqah untuk dimakan
bersama-sama selepas solat zohor nanti..


Saya bersama bff Siti dan Safura memang incharge bahagian memasak je......kawan2 yang lain menguruskan bahagian memotong daging dan menyiapkan kelengkapan memasak...kami bersatu hati bergotong royong begitu setiap kali Hari Raya qurban.
Semalam jam 12.30tgh kami dah siap masak.Singgang Tulang + daging,Daging masak Black Pepper dan sayur goreng serta sambal belacan...


Sedap...Tapi biasalah tukang masak tak boleh nak makan sebab dah kenyang bau....
Kami bertiga  tapau lauk2  dan bawa balik....
Petang bila badan dah ringan baru makan....



Jumaat, 5 November 2010

Semalam Hari yang meletihkan....Hari ini hari merehatkan minda dan badan.

Semalam pagi2 dah ke Klinik Pakar Surgical di Hospital Selayang...
Dah setahun lebih tak buat Check up untuk cyst yang dikesan 
tahun lepas...sebenarnya bukan tak mau pegi tp perasaan takut 
menerima kenyataan melebihi perasaan kena ambik tau..Akhirnya
kuatkan hati mesti pergi check up jugak biar tau dari tak tau...


Doktor membuat pemeriksaan menyeluruh mencari ketulan cyst tapi katenya dah tiada..
tapi doktor sarankan buat ultra sound jgk utk pastikan benar2 cyst itu sudah tiada..


Selesai urusan di Hosp kami bergegas keSeremban...selesai urusan terus balik ke Rawang...
Petang jam 3.00 pm Pakcik Jantan(Mantan Pengerusi Surau) panggil kerumah...nak bincang
 ttg majlis kenduri Kahwin Ain..
Kami  diminta masak untuk  kenduri..InsyaAllah pakcik kami akan bantu...Pakcik ni sedang menjalani
Dialysis air dirumahnya selama 10 jam sehari......jadi tak boleh nak terlalu aktif, dulu masa masih sihat2 
semua urusan dia buat tapi skrg ni banyak diserahkan kepada kami geng2 surau... 


Hari ni tak kemana2...selesai jogging tadi ikut member kekedai ditaman Tun Teja...Jumpa nangka
dan tulang...ok...hari ni masak lemak cili api nangka dan tulang...
Hari ni birthday Bos yang ke 48 tahun....sekejap masa berlalu... kami dah 21 tahun mendirikan rumahtangga..


Sedang rehat2 uncle depan panggil ajak ke umahnya..Deepavali..serba salah jadinya...
nak pergi ke tak...kalau tak pergi tak sedap sebab jiran depan umah...dia kate "saya tak makan babi..."
boleh percaya ke...
Akhirnya pergi jgk tawakal je ....tapi tak makan makanan yang dimasak cuma makan kacang je...

Ahad, 31 Oktober 2010

Hari yang penuh dengan pelbagai aktiviti......

Hari ni pagi2 dah ke pasar pagi gombak....cari vadei sedap....
beli ikan masin... nanti boleh masak gulai dgn nenas...
dlm perjalanan balik teringat farah sedang exam pagi ni..
ambik yaasin baca mudah2an dipermudahkan
dia menjawab soalan examnya...aminnn.
Tengahari selesai masak... rutin hari minggu gosok baju kasi habis....
dah habis semua bergosok..rasa lega...


Petang ni lepas asar nak ke Kelana Jaya hantar Jemaah dari Rawang yg ikut Imtiyaz Travel
 berlepas ke Mekah  menunaikan ibadat Haji...dah kami ni wakil syarikat Imtiyaz di Rawang,
jadi ade jemaah yang pergi kami kena hantar dan kenalkan dengan petugas Imtiyaz  yang
bertanggungjawab menjaga Jemaah disana yang baru sampai dari Terengganu.
Ustaz Bukhari dah pergi dulu 2 hari lepas untu memastikan penginapan jemaah disana telah
siap tersedia tanpa sebarang masaalah.....


Seronok rasanya dapat menolong kekawan yang nak menunaikan Haji tapi kalau nak
tunggu giliran TH lagi berbelas2 tahun baru sampai giliran... jadi jika mereka ikut
syarikat yang dilantik oleh TH mcm Imtiyaz Travel nama mereka dah dimasukkan
kedalam Quota syarikat....Alhamdulillah....
Bila tengok orang nak berangkat ketanah suci terasa macam nak pergi lagi kesana
 dan menunaikan ibadah haji... Insyaallah..semoga dipermudahkan kami kesana lagi..