Ahad, 31 Oktober 2010

Hari yang penuh dengan pelbagai aktiviti......

Hari ni pagi2 dah ke pasar pagi gombak....cari vadei sedap....
beli ikan masin... nanti boleh masak gulai dgn nenas...
dlm perjalanan balik teringat farah sedang exam pagi ni..
ambik yaasin baca mudah2an dipermudahkan
dia menjawab soalan examnya...aminnn.
Tengahari selesai masak... rutin hari minggu gosok baju kasi habis....
dah habis semua bergosok..rasa lega...


Petang ni lepas asar nak ke Kelana Jaya hantar Jemaah dari Rawang yg ikut Imtiyaz Travel
 berlepas ke Mekah  menunaikan ibadat Haji...dah kami ni wakil syarikat Imtiyaz di Rawang,
jadi ade jemaah yang pergi kami kena hantar dan kenalkan dengan petugas Imtiyaz  yang
bertanggungjawab menjaga Jemaah disana yang baru sampai dari Terengganu.
Ustaz Bukhari dah pergi dulu 2 hari lepas untu memastikan penginapan jemaah disana telah
siap tersedia tanpa sebarang masaalah.....


Seronok rasanya dapat menolong kekawan yang nak menunaikan Haji tapi kalau nak
tunggu giliran TH lagi berbelas2 tahun baru sampai giliran... jadi jika mereka ikut
syarikat yang dilantik oleh TH mcm Imtiyaz Travel nama mereka dah dimasukkan
kedalam Quota syarikat....Alhamdulillah....
Bila tengok orang nak berangkat ketanah suci terasa macam nak pergi lagi kesana
 dan menunaikan ibadah haji... Insyaallah..semoga dipermudahkan kami kesana lagi..

Sabtu, 30 Oktober 2010

hari untuk merehatkan badan....

Assalamualaikum....
Hari ni tido balik slps subuh...Pukul  9.00 baru bangun..lega .Malam semalam balik lewat dari Kelana Jaya selepas menghantar ustaz bukhari...


Bila rasa dah sihat badan ajak Bos gi Pasar Pagi Batang Kali 
Jumpa ketam..apa lagi terus ambik dah tau nak masak ape ari ni..


Hari ni nak santai2 rehatkan badan....

Jumaat, 29 Oktober 2010

hari pertama menulis blo

Assalamualaikum...
Hari ni pagi2 lagi dah ke JKR untuk mencabut undi kerja...tp hari ni tak de rezeki...undi tak mengena..kami berdua singgah kedai mamak basahkan tekak dan makan roti canai...hilangkan frust
Petang tadi lepas anak2 semua kesekolah pergi ke surau dengan Geng surau hari jumaat kami baca tafsir Al-Quran sama-sama.Hati jadi tenang bila selesai mengaji sambil membetulkan bacaan kawan2 yang tersilap....Alhamdulillah.